Friday, January 31, 2014

Berdoa semoga dia adalah jodohku




Assalamualaikum..

Ya Allah..aku harap untuk hidup bahagia. Penuh dengan bunga-bunga kebahagiaan. Tanpa sedar, Kau berikan kebahagiaan ini ya Allah.
Ya Allah, setiap doaku didalam sujudku padaMu, mengharapkan dia untuk menjadi milikku..Sentiasa mendoakan semoga dia adalah jodohku yg tertulis di Luh Mahfuz..
Ya Allah, ciptakan kasih kami dibawah lembayung Deen-Mu ya Allah.. Kerana dia, insan yang kuharapkan untuk menjadi suamiku dunia akhirat... Kerana aku ingin menjadi bidadari cintanya sampai akhirat..
Ya Allah, biarkan aku jatuh cinta..Jatuh cinta pada seseorang yang mencinta Deen-Mu sepenuh hatinya..
Biarlah cinta ini bertasbih di jalan-Mu ya Allah...

P/s:  Kepada mu wahai cintaku, ku ingin menjadi yang terbaik untukmu. Ku ingin menjadi bidadarimu di syurga kelak. Yang sentiasa memberikan kebahagiaan kepadamu. Wahai sayangku, semoga cinta ini terus bertasbih dijalan Allah.. :)